14 December 2009

SUKAN 2010 DAH BERMULA


Kepada semua ahli jawatankuasa Unit Sukan STAR, berikut adalah beberapa pengumuman mengenai unit sukan sepanjang hujung tahun sehingga bermulanya acara olahraga 2010.

1. Gotong-royong mencari dan mengumpul minyak enjin terpakai telah diadakan pada minggu lepas. setakat ini, kita telah berjaya mengumpul sebanyak 1 tong drum besar. Terima kasih kepada Tuan Selamat dari Ibu Pejabat Polis Kedah kerana membenarkan kita mendapatkan minyak daripada Bengkel PDRM.

2. Ubahsuai bilik gerakan. Untuk maklumat semua ahli, blok pentadbiran Unit Sukan sedang dalam proses ubahsuai. Proses ini bertujuan untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada semua AHLI.

3. Pembelian alatan. Sepanjang cuti ini, unit sukan telah membeli banyak peralatan sukan. Alatan asas gimnasium telah mencukupi dan gimnasium STAR akan dapat beroperasi sepenuhnya pada awal tahun.

4. Sukan 2010. senarai acara olahraga 2010 telah dimuat turun dalam blog ini. hanya acara tersenarai sahaja akan dipertandingkan. peraturan pertandingan juga adalah seperti yng tertulis.

5. Mesyuarat pemantapan Unit Sukan. Satu mesyuarat unit sukan akan diadakan selepas mesyuarat pertama sekolah, iaitu pada 29 Disember 2009. semua ahli dijemput hadir.

No comments:

Post a Comment