11 February 2010

PERTANDINGAN KAWAD KAKI UNIT BERUNIFORM SMKTAR, ALOSETAR. 2010



Alor Setar, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman, telah mengadakan pertandingan kawad kaki antara unit beruniform pada 11 Februari lalu. Pertandingan bermula pada pukul jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi.

Pertandingan ini dijalankan di Dataran Putra dan sebanyak 8 pasukan telah mengambil bahagian antaranya ialah, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Pertahanan Awam, Putri Islam, St John Ambulance, Kadet Bomba, Kadet Polis, Persatuan Bulan Sabit Merah, dan Pengakap. Setiap pasukan dianggotai oleh 31 orang ahli.

Tuan Pengetua, merangkap Mejar KRS Tuan Haji Jamil b. Ibrahim telah sudi menerima tabik hormat dan mengadili pertandingan ini. Beliau dibantu oleh 5 orang guru iaitu, En Azizan b. Abdul Kadir, Pn Hjh Shokriah bt Ahmad, En Mohd Fisol, Cik Syafriza Shuhada dan En Mohd Radzi.

Dalam ucapannya, pengetua melahirkan rasa bangga dengan komitmen semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini. Disamping bertanding, peserta juga akan merasai pengalaman yang sangat berharga dan memupuk semangat berpasukan dan dedikasi.

Pertandingan ini telah dimenangi oleh pasukan Kadet Remaja Sekolah, tempat kedua ialah pasukan Kadet Bomba. Guru penasihat Kadet Remaja Sekolah, Kapten KRS En Mohd Rizal b. Abd Rahman mengucapkan tahniah kepada semua pasukan yang bertanding. Beliau juga mengingatkan pelajar supaya bersedia untuk pertandingan peringkat daerah yang akan diadakan tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment