22 May 2011

ALUMNI STAR SEMPENA 50TAHUN SMK TUNKU ABDUL RAHMAN



Alor Setar 22 Mei 2011, Sempena 50 tahun STAR Alor Setar, bekas pelajar telah berusaha menggabungkan semua exstarians alor setar bawah satu bumbung. Justeru pada hari ini dengan rasminya ditubuhkan Persatuan Bekas Pelajar STAR Alor Setar. (EXSTARIANS).

Sehubungan itu satu majlis perasmian secara sederhana telah dilangsungkan di SMKTAR. Majlis pelancaran ini ini dirasmikan oleh pengetua STAR, Jamil Ibrahim. Dalam ucapannya beliau menyeru semua bekas pelajar STAR tanpa mengira BATCH agar bergabung dalam satu pertubuhan yang sah. Dengan cara itu, bekas pelajar akan dapat membantu sekolah dalam berbagai bidang. Penyatuan ini juga penting memandangkan selama ini tiada satupun pertubuhan yang menghimpunkan bekas pelajar Star Alor Setar di bawah satu bumbung. Bersempena dengan 50 tahun STAR beliau berharap Persatuan bekas pelajar yang ditubuhkan ini dapat memberi faedah yang besar kepada sekolah dan membantu dalam peningkatan imej STAR. Persatuan kini lebih kukuh dengan penyertaan seluruh warga STAR 1962-2011. Beliau juga yakin penubuhan ini akan membuka lembaran baru dalam survival SMK Tunku Abdul Rahman pada masa hadapan.

Dato Mansur menunjukkan Plat Best Among Starians sambil diperhatikan oleh Jamil Ibrahim.



Sementara itu, Pengerusi Persatuan Bekas Pelajar , Dato Mansur b Ismail berharap semua bekas pelajar STAR tampil menganggotai persatuan demi kebaikkan bersama. Belau berharap dengan penubuhan persatuan ini hubungan silatulrahim sesama bekas pelajar akan kembali bertaut selepas sekian lama terpisah. Namun apa yang lebih penting adalah sumbangan yang dapat dihulurkan demi membantu pelajar STAR masa kini untuk berjaya. Dalam majlis ini juga beberapa bekas pelajar STAR yang berjaya turut hadir mrmberi sokongan.

3 comments:

  1. Pembetulan: Pengerusi Persatuan Bekas Pelajar, Dato Mansur b Ismail..(bukan bin Hashim)

    ReplyDelete