06 July 2011

BOLA SEPAK ERATKAN STAR ALOR SETAR DAN SEK MEN PENDIDIKAN KHAS PULAU PINANG


Kedua pasukan bergambar kenang-kenangan.

Pulau Pinang, 3 Julai 2011. Pasukan Bola sepak STAR telah bertandang ke Sek Men Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang (pendengaran) untuk lawatan muhibah dan perlawanan bola sepak.

Pasukan STAR tiba pada pukul 8.30 pagi dengan diiringi 3 orang guru yang terdiri daripada En Fauzi, En Rizal, dan En Ali yang juga merupakan jurulatih untuk pasukan STAR. disambut oleh pelajar SMPK dengan penuh mesra walaupun tanpa sebarang bicara ianya tetap menzahirkan keikhlasan mereka.

Perlawanan bola sepak diadakan pada jam 9.30 pagi dan pasukan STAR berjaya menandingi pasukan tuan rumah dengan jaringan 2 - 0. Pasukan SMPK bermain dengan baik dan beberapa kali mengancam kubu pasukan STAR, namun ketangkasan penjaga gawang STAR, Mat Taqif berjaya menghalang pasukan SMPK menjaringkan gol.

Pemain STAR merasa amat terharu dengan kesungguhan pasukan SMPK bermain bola, walaupun mereka tidak sempurna seperti pelajar lain, semangat kesukanan mereka sangat tinggi. Pelajar STAR juga merasa sangat bertuah kerana berpeluang bermain bersama pelajar SMPK yang ramah dan mudah mesra.
En Shafie (kiri) menerima cenderahati daripada En Ali.

Jurulatih pasukan SMPK, En Shafie mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan STAR kerana sudi datang dari jauh demi untuk perlawanan bola sepak disamping dapat mengeratkan hubungan silatulrahim sesama pelajar, pada masa akan datang SMPK bercadang untuk mengadakan lawatang balas ke Alor Setar.

No comments:

Post a Comment