24 October 2011

CALON SPM STAR MENDAPAT SUNTIKAN SEMANGAT DARI PEMIMPIN

Alor Setar, SMK Tunku Abdul Rahman telah mendapat kunjungan adun kawasan Bakar Bata, Dato Paduka Ahmad Bashah ke majlis mohon restu untuk pelajar yang bakal menduduki SPM pada tahun 2011.

Kunjungan Dato Bashah pada kali ini adalah untuk menyampaikan bantuan alat tulis kepada semua calon SPM STAR. Setiap pelajar mendapat alat tulis seperti, pensel, pemadam, pen, pembaris dan juga kata-kata peransang daripada beliau.

Dalam ucapannya kepada warga STAR Alor Setar, beliau menegaskan penting pelajar belajar bersungguh-sungguh demi masa depan mereka. Lantaran itu beliau turun padang berjumpa dengan pelajar untuk memberi kata--kata peransang kepada mereka agar menjadi pendorong untuk berjaya dalam peperiksaan.

Pengetua STAR, Jamil Ibrahim berkata, beliau bersyukur atas cakna Yg Berhormat Adun Bakar Bata kerana sudi hadir Ke STAR untuk menyampaikan sumbangan dan motivasi kepada pelajar. Menurutnya lagi, pelajar STAR sekarang mewakili 37% pelajar Cina, 62% Melayu dan 1 % india adalah menunjukkan konsep 1 Malaysia yang sesuai dengan tema perpaduan yang dilaungkan sekarang. Kehadiran YB ke STAR menyuntik semangat semua kaum untuk berjaya dalam pelajaran. Ia juga menunjukkan pemimpin sekarang amat prihatin kepada pelajaran dan masa depan generasi muda, ujar beliau lagi.

Ironisnya pemimpin yang datang ke STAR bukan sekadar menyampaikan material semata-mata kerana kalau ditinjau dari sisi yang lain, bekalan alat tulis adalah sangat mudah di dapati dan dibeli, tetapi maksud tersirat disebalik itu ialah sikap prihatin pemimpin kepada generasi muda agar berjaya dalam kehidupan mereka,


Dato Ahmad Bashah bergambar bersama penerima hadiah.

Pelajar cina mewakili 37% populasi pelajar STAR,



Pengetua STAR dan Dato Bashah menunjukkan isyarat bagus, bersama pelajar lelaki. semoga isyarat itu diterjemahkan dengan berkesan oleh pelajar-pelajar.

No comments:

Post a Comment