08 March 2013

Warga STAR Alor Setar Mengadakan Bacaan Yassin dan Tahlil kepada Wira Negara, Ops Daulat 2013



sebahagian pelajar dan guru sedang membaca surah Yassin

Alor Setar, Khamis, 7 Mac 2013 . SMK Tunku Abdul Rahman menghimpunkan seluruh pelajar beragama Islam untuk majlis bacaan yassin dan tahlil untuk wira-wira negara yang gugur di Lahad Datu, Sabah. Hampir 1100 pelajar dan guru bersama-sama memanjatkan doa agar roh para pahlawan negara dicucuri rahmat dan berada dikalangan orang-orang beriman.

Mengetuai bacaan yassin ialah Tuan Haji Md Alauddin b Che Lah, beliau juga memberi tazkirah kepada pelajar-pelajar perihal pentingnya kedamaian dan meningkatkan keimanan dalam kehidupan harian. Semoga peristiwa tragis di Lahat Datu dapat segera ditamatkan. usaha yang sedikit dari pihak kami ini moga diperkenankan Allah SWT.

Pengetua STAR, Pn Hajah Ramlah bt Mohd Hussain berkata, pelajar-pelajar dan guru guru STAR turut berdukacita atas apa yang menimpa pasukan keselamatan negara. Majlis bacaan yassin ini adalah sebagai salah satu tanggungjawab rakyat Malaysia untuk mengucapkan terima kasih kepada wira negara. Kami mendoakan agar seluruh ahli keluarga wira-wira negara tabah menghadapi dugaan, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Beliau juga mendoakan wira-wira yang sedang berjuang beroleh kejayaan dan selamat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing

Majlis bacaan Yassin ini juga diharap dapat menyuntik semangat kepada para pelajar untuk lebih prihatin dan menambahkan semangat patriotik dalam diri mereka. 


No comments:

Post a Comment