28 October 2014

PERTANDINGAN KAWAD KAKI MEMUPUK DISIPLIN PELAJAR STAR




pasukan johan dan naib johan kawad kaki 2014 SMKTAR

Alor Setar, 18 Oktober 2014. SMK Tunku Abdul Rahman, Alor Setar mengambil peluang dicelah celah kesibukan peperiksaan PT3 untuk menganjurkan pertandingan kawad kaki antara unit beruniform.  Program anjuran unit kokurikulum berjalan lancar dengan penyertaan semua badan unit beruniform sekolah ini.

Pengetua STAR, Turin Ahmad mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang mengambil bahagian dan kepada barisan urusetia yang bertungkus lumus untuk menjayakan pertandingan ini.  Turut hadir menyaksikan pertandian ialah Tuan DSP Rosli dari IPKS yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Menurut penyelaras pertandingan kawad kaki Cikgu Mohd Rizal b Abd Rahman, sebanyak 9 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan selama 3 jam ini. Mereka terdiri daripada pasukan Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Bomba dan penyelamat, Putri Islam, Kadet Pertahanan Awam, Persatuan Bulan Sabit Merah, St John Ambulance dan Pengakap.  Semua pasukan menunjukkan komitmen yang tinggi semasa pertandingan.

Pasukan pasukan telah berlatih setiap kali perjumpaan mingguan, dan kemuncaknya mereka diuji dalam satu pertandingan yang diadili oleh 10 orang hakim yang merangkumi elemen keseragaman dan kekemasan pakaian, kawad statik, kawad dinamik, kawad formasi dan kepimpinan.  Aktiviti kawad sememangnya diiktiraf sebagai penjana kerjasama dan persefahaman sesama ahli pasukan, malah ia juga memupuk semangat berpasukan dan bertanggungjawab terhadap kerjabuat peserta. dengan adanya pertandingan sebegini, diharapkan sahsiah dan disiplin pelajar STAR dapat ditingkatkan seterusnya melahirkan pelajar yang memenuhi aspirasi pendidikan negara.

Dalam pertandingan ini, johan disandang oleh pasukan Kadet Polis dan tempat kedua oleh pasukan Kadet Remaja Sekolah, diikuti oleh pasukan St John Ambulance. ketua platun terbaik disandang oleh Kadet Remaja Sekolah. Lain-lain pasukan menunjukkan persembahan yang baik namun masih belum berjaya menambat hati para hakim. semoga semua pasukan akan bertanding lagi pada masa hadapan dengan penuh semangat dan komitmen.
terdiri pelajar tingkatan 1,2 dan 4

penuh semangat

ketua platun terbaik



aksi juara

No comments:

Post a Comment