perbarisan kontinjen MSSD kota Setar 2015 |
Alor Setar, 2 Mac 2015. Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kota SetarKali ke-33 sedang berlangsung dengan meriah bermula
pada hari ini hingga 6 Mac 2015 di Stadium Darulaman.Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan tahunan ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri
Kedah, Tn. Haji Mohamad Jamil bin Md. Noh.
29
acara dipertandingkan di kejohanan ini dalam beberapa kategori yang melibatkan sekolah rendah dan menengah dalam daerah Kota Setar. Secara keseluruhannya seramai 1199
atlet mewakili 42 buah sekolah menengah dan 5 buah PKG bagi sekolah rendah bertanding bagi merebut 1116
pingat dalam semua acara. Kejohanan tahunan ini menjadi medan untuk menggilap bakat bakat atlet dalam daerah Kota Setar untuk menghadapi kejohanan di peringkat negeri (MSSK).
Walaupun dalam keadaan cuaca panas, ia tidak melunturkan semangat semua atlet untuk mempamerkan kebolehan masing masing. Pihak pengelola mengambil langkah awal dengan menasihatkan semua kontinjen memastikan atlet mereka dibekalkan dengan minuman yang mencukupi. Disamping itu, petugas kecemasan sentiasa bersedia untuk menangani sebarang kemungkinan.
TimbalanPengarah Pendidikan Negeri Kedah, Tn. Haji Mohamad Jamil bin Md. Noh merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kota Setar Kali ke-33/2015. |
Dalam acara perbarisan,semua kontinjen tampil dengan persembahan penuh warna warni. Pertandingan perbarisan diadakan dalam 2 kategori iaitu sekolah menengah dan PKG yang mewakili sekolah-sekolah rendah. Dengan penuh semangat berpasukan dan menjunjung tinggi etika kesukanan semua kontinjen menunjukkan kesungguhan yang tinggi dalam usaha untuk memenangi kategori masing masing.
PKG Alor Janggus muncul johan sekolah rendah manakala SMK Seri
Ampang bagi kategori sekolah menengah . Tempat kedua kategori menengah disandang oleh pasukan SMK Tunku Abdul Rahman.
Upacara perasmian dimeriahkan lagi oleh persembahan menarik daripada Pasukan Pancaragam Kolej Sultan Abdul Hamid, yang memainkan beberapa lagu disamping mempamerkan kemahiran yang tinggi. Ramai waris yang hadir sebagai penonton terhibur dengan aturcara persembahan yang disediakan.
MajlisPerasmian Penutupan akan disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kota Setar pada 6 Mac 2015.
TimbalanPengarahPendidikanNegeri Kedah diperkenalkan kepadasemua kontinjen sekolah rendah dan menengah. |
Pasukan STARAS dengan perisai |
No comments:
Post a Comment