20 August 2009

KURSUS KEJURULATIHAN RENANG ZON UTARA 2009


Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Satu kursus Kejurulatihan Renang untuk guru-guru di Zon Utara telah diadakan di Bukit Jawi Golf Resort, Sbrg perai selatan, pulau pinang mulai 16 hingga 20 Ogos 2009. Kursus ini menghimpunkan jurulatih renang dari 3 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Setiap negeri menghantar 12 orang peserta. Kursus anjuran Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia ini, bertujuan melahirkan jurulatih bertauliah daripada kalangan guru di negeri zon utara.

Secara umumnya, kursus ini amat bernilai kepada jurulatih renang kerana membolehkan menerima sijil yang dikeluarkan oleh ASUM (Amateur Swimming Union Malaysia). seterusnya melayakkan mereka menjadi jurulatih bertauliah.

Menurut peserta kursus ini, pendedahan dan pengalaman yang diterima sepanjang kursus akan memantapkan lagi persediaan atlit renang mereka pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment