06 August 2009

PERTANDINGAN MEMANCING SEMPENA HARI STAR 2009



Pada petang tadi 6/08/2009, bermula jam 3.30 - hingga 5.30 bertempat di tepian sungai Kampung Berjaya, Alor Star, telah dijalankan pertandingan memancing untuk warga STAR Alor Setar.

Pertandingan berjalan dengan meriah. Penyertaan dari kalangan pelajar dan guru adalah menggalakkan. Sepanjang 2 jam pertandingan, peserta berjaya menaikkan banyak ikan. Kebanyakkan ikan adalah dari spesis keli. Spesis keli memonopoli kedudukan pertama hingga ke 3, dengan johan pertandingan memperolehi ikan keli seberat 600 gram. Tempat kedua dengan keli seberat 380 gram dan tempat ketiga 350 gram.

Pertandingan ini juga mendapat perhatian khusus daripada tuan pengetua, Tuan Haji Jamil b. Ibrahim. Beliau melahirkan rasa bangga kerana penyertaan pada tahun ini telah bertambah dan, ini menunjukkan warga STAR telah memberikan komitmen dalam setiap acara yang dianjurkan. Turut hadir adalah Encik Fisol b. Salleh PK HEM dan ENcik Jamal b. Ishak, PK Ko Kurikulum.

Semoga, Hari Star pada tahun ini akan lebih meriah. sekian.

No comments:

Post a Comment