06 October 2009

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG , DAERAH KOTA STAR 2009




Khamis 1 Oktober 2009. Satu majlis penganugerahan perkhidmatan cemerlang telah diadakan di Dewan Sekolah Menengah Agama Kedah, Mergong. Majlis ini adalah merupakan acara tahunan untuk menghargai warga pendidik yang cemerlang.

Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Dato Hasan b. Hashim, pendaftar Universiti Al Bukhary, Kedah. Beliau juga merupakan mantan pengarah pendidikan kedah tahun 2000.

Setiap penerima anugerah menerima hadiah berupa sijil penghargaan dan wang tunai RM1000.00. Anugerah ini adalah merupakan motivasi kepada guru yang layak, ia juga memberi semangat dan keyakinan kepada semua warga pendidikan untuk bekerja dengan lebih giat lagi.

Pada tahun ini, seramai 555 orang warga pendidik dalam daerah kota setar menerima hadiah masing-masing. 10 orang penerima dari Sekolah menengah Tunku Abdul Rahman, turut serta dalam majli ini. Salah seorang penerima, En Mohd Rizal Abdul Rahman berkata, anugerah ini telah memberi semangat kepada beliau untuk bekerja dengan lebuh cemerlang dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah kerana memberi pengiktirafan ini.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun ini.

No comments:

Post a Comment