06 October 2009

MAJLIS BACAAN YASIN -PMR/SPM/STPM STAR 2009




Khamis, 1 Oktober 2009. Satu majlis bacaan yasin telah diadakan di Masjid Ubudiah, Mergong sebelum solat zohor. Majlis anjuran sekolah ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada waris pelajar terutama yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini.

Menurut Tuan Pengetua, Hj Jamil b. Ibrahim, sambutan waris pada tahun ini adalah menggalakkan dan beliau amat berharap usaha yang dijalankan ini akan membawa keberkatan dan seterusnya memberi keyakinan kepada pelajar STAR untuk menduduki peperiksaan pada tahun ini.

Majlis pada tahun ini juga julung kalinya diadakan di luar kawasan sekolah, iaitu menggunakan kemudahan di Masjid Ubudiah, menurut guru yang telah 15 tahun mengajar di STAR, En Mohd Fairuz b. Mohd Zain, inilah kali pertama sejak beliau mengajar di sini, majlis diadakan diluar kawasan sekolah. Disamping meemberi kelainan, ia juga dapat mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan masyarakat setempat.

No comments:

Post a Comment