15 May 2010

HARI ANUGERAH CEMERLANG SMK TUNKU ABDUL RAHMAN , 13 MEI 2010

SMK Tunku Abdul Rahman (STAR) telah melaksanakan Hari Anugerah Cemerlangnya baru-baru ini. Majlis ini adalah merupakan malam pengiktirafan kepada warga STAR yang berjaya dalam semua bidang, kurikulum dan ko kurikulum.

Untuk pertama kalinya, majlis anugerah ini diadakan pada sebelah malam. Perjalanan acara disusun rapi agar lancar. Kehadiran waris amatlah menggalakkan sehinggakan kerusi yang disediakan tidak mencukupi. Malah ada waris yang terpaksa berdiri sepanjang majlis.


Majlis dibahagikan kepada tiga segmen iaitu segmen satu, protokol majlis perasmian Hari anugerah yang disempurnakan oleh Yang Dipertua PIBG en Omar b Dahaman, segmen kedua Ialah penyampaian anugerah kepada warga STAR yang cemerlang dan segmen ketiga ialah persembahan pentas.

Dalam ucapan perasmian, YDP PIBG menyatakan rasa berbesar hatinya atas sambutan luar biasa daripada para waris pada malam ini. Beliau juga menyatakan rasa bangganya atas semua pencapaian STAR pada tahun ini, semoga prestasi memberansangkan ini akan meneruskan momentumnya sehingga STAR berjaya menjadi sekolah ternama di negeri Kedah dalam masa terdekat.

Sementara itu, pengetua STAR, Hj Jamil Ibrahim turut melahirkan rasa terharunya atas sambutan para waris pada malam itu. Beliau berharap lebih ramai lagi waris yang akan tampil membantu pihak sekolah dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua bidang.

Perasaan bangga ini juga turut dikongsi oleh semua warga STAR, menurut guru STAR, en Mohd Rizal b Abd Rahman, STAR berada dalam momentum yang baik dalam usaha menjadi sekolah yang ternama di negeri kedah. sebagai guru sukan STAR, beliau berbangga kerana 2 orang pelajar STAR telah mewakili Malaysia dalam acara lumba basikal dan juga kejohanan Basikal Gunung. Pada tahun ini ada pelajar STAR yang turut mewakili negeri Kedah Ke SUKMA di Melaka dalam acara tinju, disamping Kontinjen STAR telah mengungguli acara Perbarisan MSSD untuk 2 tahun berturut-turut dan juga mendapat tempat ke 12 daripada 42 pasukan bertanding dalam acara kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah Kota Setar pada tahun ini.

Dalam bidang kurikulum, pelajar STAR juga tidak ketinggalan. seramai 12 orang pelajar lepasan SPM tahun 2009 telah mendapat pengiktirafan kerana memperoleh keputusan yang cemerlang, seorang pelajar mendapat 9A dan 8A selebihnya mendapat 7A.


Perasmian Hari anugerah cemerlang ini diwarnai dengan tembakan bunga api dan gendang silat oleh pasukan gendang silat STAR yang telah menjadi johan dalam pertandingan Gelang Silat negeri Kedah pada tahun ini.

Selesai majlis perasmian, hadirin menjamu selera secara buffet. antara makanan yang dihidangkan ialah satay, bihun sup, nasi lemak, ais kacang, minuman sejuk dan panas dan beraneka kuih muih. Rata-rata hadirin amat berpuas hati dengan makanan yang dihidangkan.





Peserta yang mengambil bahagian dalam persembahan tampil memberikan penghormatan kepada hadirin

No comments:

Post a Comment