24 July 2010

KADET REMAJA SEKOLAH SMK TUNKU ABDUL RAHMAN, ALOR SETAR. AKTIF BERKHEMAH

Alor setar, 21 julai 2010. Pasukan Kadet Remaja Sekolah SMK Tunku Abdul Rahman (KRS) telah mengadakan perkhemahan tahunan di Camp Perik, Kuala Nerang. Perkhemahan selama 3 hari 2 malam ini dipenuhi dengan berbagai aktiviti yang berfaedah.

Sepanjang kem berlangsung, seluruh ahli KRS telah memberikan komitmen yang tinggi. Pada hari pertama, semua ahli diajar memasang khemah dan memasak makanan. disamping mempelajari kemahiran asas berkhemah, ahli KRS juga diajar membaca kompas. Kapten KRS Encik Mohd Rizal, berkata. semua kmahiran asas perkhemahan telah diajar kepada pelajar supaya mereka berpengetahuan dan menimba sebarapa banyak pengalaman berharga sepanjang perkhemahan ini.


Bergambar kenangan dalam hutan,Kapten Mohd Rizal 3 dari kiri

Pada hari kedua, aktiviti lasak menanti anggota KRS, iaitu aktiviti merentas hutan. Dengan panduan daripada pemandu jalan berpengalaman, anggota KRS telah meredah hutan selama 3 jam. Sepanjang perjalanan ahli KRS dapat memerhati flora dan fauna serta menghayati keindahan alam semulajadi.

Perkhemahan ini dihadiri oleh 40 orang ahli KRS. Turut mengiringi mereka adalah 4 orang guru yang terdiri daripada Kapten KRS Encik Mohd Rizal b. Abd Rahman, Leftenan Musa b Salleh, Leftenan Rogayah bt Talib dan Leftenan Muda Suraida. Semua pelajar dan guru telah memberikan komitmen yang sangat tinggi sepanjang perkhemahan ini.

meredah sungai

Pada malam kedua, telah diadakan jamuan durian dan persembahan malam kebudayaan oleh ahli KRS. Mengulas penganjuran perkhemahan ini, pengetua STAR telaha melahirkan rasa bangga dengan penglibatan semua pihak. Beliau berharap segala pengalaman yang diperolehi sepanjang perkhemahan ini, akan mematangkan pelajar untuk bekalan masa depan.

No comments:

Post a Comment