31 March 2012

PIBG DAN SEKOLAH MEMUPUK PERSEFAHAMAN DEMI KEJAYAAN PELAJAR


Alor Setar, 29 Mac 2012. SMK Tunku Abdul Rahman telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 37. Mesyuarat diadakan di dewan Perdana STAR, bermula pada jam 2.30 dan berakhir pada jam 6.00 petang, banyak agenda untuk kemajuan sekolah telah dapat disepakati. Mesyuarat pada tahun ini telah dirasmikan oleh, Dr Muhamad Muzammil b Mohamad Noor Pensyarah Kanan (Sejarah), USM. beliau merupakan bekas pelajar STAR 1986-1991.
Dr Muzammil (berkerusi roda) bersama pengetua

Dr Muzammmil adalah seorang kelainan upaya, merupakan ikon untuk OKU di Malaysia. Pihak STAR berbesar hari menjemput beliau merasmikan mesyuarat agung PIBG pada tahun ini adalah untuk mendengar sendiri kata-kata peransang daripada beliau untuk menaikkan semangat warga STAR. Menceritakan pengalaman beliau bersekolah di STAR memberikan harapan kepada warga STAR untuk sama-sama berusaha mencapai kejayaan kerana beliau telah membuktikan bahawa pelajar STAR Alor Setar boleh berjaya jika mereka kuat berusaha.

Mesyuarat agung pada kali ini dihadiri oleh 641 waris dan 98 orang guru. Rata-rata waris yang hadir terdiri daripada generasi 40 an, yang anak-anak mereka di tingkatan 1 hingga 3. mereka telah memberi pandangan dan cadangan yang realistik untuk cuba dipenuhi oleh barisan kepimpinan pada tahun ini. YDP PIBG sesi 2012-2013 En Fuad b Lazim (mengekalkan kerusi) berkata, beliau menaruh harapan yang sangat tinggi agar semua ibu bapa tanpa mengira keturunan dapat bersama menjayakan apa jua program yang dianjurkan oleh pihak sekolah demi kejayaan anak-anak pelajar.
Barisan AJK PIBG sesi 2012/2013

Pengetua STAR, Hj Jamil Ibrahim sangat berpuashati dengan kehadiran ibu bapa ke mesyuarat ini. beliau juga berharap semua waris dapat memberikan lebih perhatian kepada pelajaran anak-anak mereka demi masa depan yang cemerlang. Hj Jamil juga berpesan agar para waris dapat seiring dengan kemajuan teknologi semasa yang memerlukan pemindahan data-data penting tentang anak, pendapatan, dan jumlah anggota keluarga dapat dilaporkan secara telus untuk memudahkan pihak kerajaan menyalurkan apa-apa bantuan. Tanpa data yang tepat, kemungkinan mereka akan tercicir daripada menerima sebarang bentuk manfaat yang diberikan oleh kerajaan. Ibu bapa juga diminta tampil membantu pihak sekolah dalam apa jua keadaan dan sebarang permasalahan yang timbul dapat dibincangkan bersama-sama.

Bagi memeriahkan acara, PIBG telah menyediakan hadia cabutan bertuah kepada semua yang hadir, tidak ketinggalan, Tuan pengetua, Hj Jamil juga bertuah pada hari ini dengan membawa pulang hamper makanan. manakala hadiah utama berupa sebuah basikal telah dimenangi oleh pihak waris.


Tuan pengetua menerima hadiah hamper


En Fuad b Lazim menyampaikan hadiah basikal kepada waris

No comments:

Post a Comment