09 March 2012

PERTEMUAN EPIK KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID DAN STAR KESINAMBUNGAN BOLASEPAK MSSD KOTA SETAR




Alor Setar, 8 Mac 2012. Liga bolaepak MSSD Kota Setar telah menyaksikan pertarungan sengit antara pasukan KSAH dan STAR. Perlawanan penentuan yang akan melayakkan pemenangnya melangkah ke suku akhir.

Pasukan STAR FC bertandang ke KSAH dengan misi menang dan menang. Manakala KSAH menanti penuh debaran untuk berdepan dengan pasukan yang konsisten di semua posisi. Perlawanan dalam keadaan hujan renyai dan padang yang becak tidak mengganggu fokus kedua-dua pasukan. Kedua pasukan saling menyerang dan menjaringkan gol.

Tamat perlawanan dengan keputusan seri 2 - 2, telah melayakkan pasukan STAR FC melangkah ke Suku Akhir dengan 4 mata mendahului KSAH yang hanya memungut 2 mata daripada 3 perlawanan. Jurulatih pasukan STAR FC, Cikgu Mohd Rizal Abd Rahman berpuashati dengan komitmen pasukan STAR dan berharap mereka akan gigih berusaha untuk perlawanan berikut nanti.

Liga bola sepak MSSD Kota Setar akan bersambung selepas cuti pertengahan semester 1 nanti.

No comments:

Post a Comment