24 February 2013

1400 Pelajar STAR Alor Setar Sertai Kejohanan Merentas Desa Kali ke 40 2013

Warga kerja SMKTAR dan pelajar bergambar sebelum acara.
Alor Setar, 23 Februari 2013. Seramai 1400 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman menyertai Kejohanan Merentas Desa pada tahun ini.  Kejohanan ini diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti yang bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada jam 11.00 pagi.

Semua pelajar begitu bersungguh-sungguh semasa acara berlangsung. Acara ini juga adalah acara tahunan sekolah dan salah satu program mempromosikan gaya hidup sihat. Setiausaha sukan SMKTAR, En Mohd Rizal b Abd Rahman melahirkan rasa bangga dengan kehadiran pelajar pada tahun ini.  Beliau juga mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua warga kerja SMKTAR dalam menjayakan kejohanan pada tahun ini.

Lokasi Kampung Suka Menanti dipilih sebagai venue kerana memberi peluang kepada pelajar-pelajar STAR merasai pengalaman suasana kampung yang sebenar disamping keadaan trafik yang terkawal jika dibandingkan dengan susanan sekeliling kawasan SMKTAR yang telah dihimpit pembangunan.  Faktor keselamatan dan kedamaian menjadikan kejohanan pada tahun ini mendapat sambutan yang baik.

Penganjuran kejohanan ini juga mendapat sokongan daripada pihak Polis Diraja Malaysia dan PIBG yang masing-masing telah menghantar anggota untuk membantu mengawal lalu lintas dan keselamatan peserta. Pasukan PBSM dan ST JOHN Ambulance juga memainkan peranan penting menjaga keselamatan peserta di sepanjang trek larian.

Taklimat daripada PK Ko En Azizan.

larian berbilang kaum

Peserta lelaki memulakan larian
pelajar perempuan juga bersemangat





Peserta mendapatkan kupon di Check Point.
 Peserta mendaftarkan diri selepas melepasi garisan penamat

Cikgu Ali dan pelajarnya

Penyampaian hadiah oleh PK HEM En Fisol

Penyampaian Hadiah oleh YDP PIBG, En Fuad Lazim.

Peserta berehat selepas tamat larian
Kejohanan pada tahun ini dimenangi oleh rumah Kuning, dengan mata sebanyak 213 dan diikuti rapat oleh rumah hijau dengan pungutan mata 204. Tempat ketiga pula disandang oleh rumah Ungu (168), keempat rumah Merah (146) dan kelima rumah Biru dengan pungutan mata 123.

YDP PIBG, En Fuad Lazim telah sudi hadir melepaskan peserta dan menyampaikan hadiah. Beliau melahirkan rasa syukur kerana kejohanan ini dapat dijayakan dengan lancar tanpa berlaku sebarang kemalangan. Beliau juga menyeru semua pelajar supaya sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam semua bidang disekolah agar menjadi insan berjaya pada masa hadapan.


membantu pelajar yang kepenatan, keharmonian kaum

Guru bertugas memastikan keselamatan pelajar di jalan raya.

No comments:

Post a Comment