10 September 2014

Meneroka Gua Tempurung Membina Semangat Berpasukan Guru-guru SMK Tunku Abdul Rahman

6 September 2014, Seramai 43 orang guru SMK Tunku Abdul Rahman menyertai Latihan Dalam Perkhidmatan yang diadakan di Gua Tempurung, Gopeng Perak. Rombongan yang diketuai oleh pengetuanya Turin b Ahmad telah bertolak seawal jam 5.00 pagi dari Alor Setar dan sampai di perkarangan gua pada jam 10.00 pagi.

Menyusuri gua merupakan aktiviti yang mencabar fizikal dan mental peserta.  Stamina fizikal dan mental mestilah dalam tahap yang baik untuk mengambil bahagian dalam program ini. Peserta juga diingatkan supaya memastikan tahap kesihatan masing masing adalah sesuai untuk turut serta dalam misi meneroka gua.

Keindahan struktur batuan dalam gua yang terbentuk melalui proses hakisan, larutan, dan luluhawa telah menjadikan permukaan seluruh gua unik.  Tambahan pula dengan saiz mega gua tempurung ini menyebabkan ramai peserta terpesona dengan keindahannya.

Dengan memilih pakej 3 iaitu kategori separuh mencabar yang mengambil masa 2 jam 30 minit untuk menyelesaikannya.  Tetapi masa keseluruhan yang di ambil oleh kumpulan ini ialah 4 jam.  Aksi bermula dengan mendaki 230 anak tangga sehingga sampai ke siling gua yang berketinggian 125 meter dari lantai gua.

Aktiviti lasak bermula sebaik kami mula menuruni tanga ke lantai gua. Di satu kawasan lapang semua peserta diminta duduk dalam keadaan senyap dan semua lampu picit dimatikan.  Keadaan menjadi teramat sunyi dan gelap gelita sehingga tidak dapat melihat tapak tangan sendiri dihadapan muka.

Kemudian, menyusuri sungai bawah tanah dengan penuh kepayahan.  Ada ketikanya peserta terpaksa merangkak, membongkok untuk melepasi sesuatu laluan.  Terdapat juga tempat pesrta terpaksa menggelungsur di atas batu yang licin setinggi 15 meter dengan kecerunan 45 darjah!, ramai guru yang gayat dan gementar untuk melepasinya.  Namun atas semangat kerjasama berpasukan yang tinggi di kalangan warga guru STAR, semua halangan dan cabaran dapat ditempuhi dengan jaya.

Pengetua STAR, Turin Ahmad, berpuas hati dengan tahap cabaran yang dilalui dan objektif untuk membina semangat berpasukan dapat diserlahkan dengan kerjasama erat guru guru dalam menyelesaikan kembara yang penuh cabaran ini. Menurutnya lagi, walaupun ramai guru senior yang hadir, namun mereka menunjukkan kesungguhan untuk menamatkan cabaran tanpa mengira peringkat umur, yang rata-ratanya memasuki zon 40 tahun ke atas.

Penyelaras kembara Gua Tempurung En Mohd Rizal melahirkan rasa syukur kerana semua peserta selamat melalui cabaran tanpa sebarang kecederaan. Kerjasama berkumpulan yang ditunjukkan semua guru dalam ekpidisi ini akan menjadi pemangkin dalam memacu kejayaan dalam kerjaya mereka.
semua peserta bergambar sebelum memulakan ekpidisi

sempat selfie dihadapan pintu masuk gua

dengan bantuan lampu suluh, kami mula meneroka gua tempurung

bergambar di tempat tertinggi dalam gua, "top of the world"

Peserta menggelongsor menuruni batu curam dengan cahaya lampu suluh

keadaan gelap gelita dalam gua

cuba melepasi lubang seluas 0.5 m untuk ke peringkat seterusnya.

masih lagi mampu tersenyum walaupun berada jauh di dalam terowong bawah tanah.

Pengetua dan sebahagian peserta bergambar di dalam gua

antara keunikan batuan dalam gua tempurung

Selamat keluar dari perut gua, peserta nampak gembira dengan kejayaan menamatkan cabaran gua.

No comments:

Post a Comment