Kayuhan Merdeka 2014 diketuai sendiri oleh pengetua STAR, Turin Ahmad. Peserta kayuhan berlepas dari kawasan sekolah ke kaki Gunung Keriang pada jam 8.30 pagi. Perjalanan melalui kawasan kampung di sekitar Mergong dan turut merentas sawah padi melibatkan jarak hampir 14 kilometer sehala. Hampir jam 10.30 pagi semua peserta telah selamat sampai di kaki Gurung Keriang.
Aktiviti bersambung dengan mendaki hingga ke puncak Gunung Keriang dan mengibarkan jalur gemilang disana. Walaupun hujan gerimis dan laluan ke puncak agak licin, ia tidak mematahkan semangat perserta untuk terus mendaki ke puncak.
Program ini dirancang untuk memupuk semangat pelajar untuk mencintai tanah air. dengan aktiviti sebegini, semangat cintakan tanah air dipupuk dalam diri setiap pelajar dengan lebih berkesan. Penglibatan mereka dalam aktiviti begini dapat menjadi pemangkin untuk mereka lebih menghargai kemerdekaan tanah air tercinta, Turin Ahmad.
bergambar sebelum memulakan kayuhan |
mengibarkan bendera di puncak Gunung Keriang 2014 |
No comments:
Post a Comment