Alor Setar, 14 Julai 2016, SMK Tunku Abdul Rahman (STAR)
mengadakan jamuan mega sempena Sambutan Aidilfitri pada tahun ini. Terkenal dengan sekolah berbilang kaum di
Alor Setar, ternyata sambutan aidilfitri dirai dengan meriah oleh semua
pelajar tanpa mengira latar belakang
kaum dan agama.
Pengetua STAR
Encik Suhaimi Haris berkata, sambutan seumpama ini dapat menjadi medan
untuk merapatkan hubungan antara kaum dan staf, ia juga menyaksikan kemuafakatan
terjalin erat dan kerjasama semua warga STAR menjadi sangat baik. Situasi ini boleh menjadi mangkin kearah
kejayaan STAR pada masa akan datang.
Sambutan ini disajikan dengan pelbagai jenis makanan yang
dikelolakan mengikut jabatan. Setiap
jabatan menyediakan satu menu. Antara
menu yang disediakan adalah, ketupat,
nasi himpit, Bihun Sup, Laksa, Kuih muih, mee goreng, nasi tomato dan banyak
lagi. Setiap gerai diurus oleh pelajar
pelajar yang dilantik. Jamuan ini tidak
mengehadkan jumlah makanan untuk pelajar, mereka boleh menjamu selera sekadar
yang mereka mampu.
Acara hari ini juga dimeriahkan dengan DJ jemputan. Nyanyian lagu lagu hari raya oleh guru guru
dan pelajar. Pelajar juga dihadiahkan
duit raya yang disumbangkan oleh guru guru. Seterusnya majlis bersalaman turut diadakan.
Menurut guru STAR, Encik Mohd Rizal b Abd Rahman,
kejayaan penganjuran sambutan ini adalah hasil dedikasi semua warga
STAR, semoga silatulrahim yang terjalin hasil majlis silang budaya ini memberi semangat baharu kepada STAR untuk menyinar dan
cemerlang.
No comments:
Post a Comment