Alor Setar, Sabtu 23 Januari 2016, STAR (SMK Tunku Abdul Rahman) telah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa Edisi Ke 43 dengan penuh semangat dan tradisi STARIAN. Kemeriahan kejohanan pada tahun ini ditokok dengan koloberasi penganjuran bersama SKSM (Sekolah Kebangsaan Suka Menanti). Gabungan dua sekolah telah memeriahkan acara yang julung kalinya dianjurkan dengan penuh semangat kerjasama dan mesra.
Kejohanan bermula dan tamat di perkarangan SKSM. Pelajar berlari merentas Kampung Suka Menanti dan menyusuri sepanjang laluan tepi Sungai Kedah dan keluar di jalan Pantai Johor. Laluan ini menyajikan suasana yang permai dengan pemandangan kampung dan sawah yang indah. Melibatkan seramai 700 orang peserta, 92 orang guru STAR dan 34 orang guru SKSM berganding bahu membentuk jawatankuasa yang cekap untuk menguruskan kejohanan ini. Acara tahunan ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak di ingini, tambahan pula kehadiran anggota Polis Trafik dari balai Alor Setar, yang membantu mengawasi jalan dan kenderaan awam disepanjang trek larian. Pihak JKKK Kampung Suka Menanti juga memberi kerjasama yang sangat baik dalam memastikan acara berjalan lancar.
Pengetua STAR, Suhaimi b Haris mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam kejohanan ini terutama kepada Guru Besar SK Suka Menanti, Encik Nurul Ehsan bin Hasbullah yang bersedia menjadi tuan rumah kepada acara ini. Beliau bersyukur kerana kejohanan ini dapat dilaksanakan dengan baik. Kerjasama erat antara dua sekolah ini menjalin talian silatulrahim disamping dapat saling bertukar idea dalam penganjuran dan juga jambatan untuk bekerjasama dalam hal hal lain pada masa hadapan.
Penganjuran pada tahun ini turut dibantu oleh pasukan beruniform STAR, seramai 10 orang kadet polis, 12 orang ahli PBSM dan 12 orang ahli St John bertugas memastikan keselamatan semua peserta di sepanjang trek larian. Penyertaan pelajar berbilang bangsa, cina, melayu dan india dalam kejohanan ini dapat memupuk semangat muhibah antara kaum. Selari dengan perancangan kementerian pelajaran dalam melaksanakan RIMUP (Rancangan Intergrasi Murid utuk Perpaduan).
Menurut Setiausaha Sukan STAR, Encik Mohd Rizal b Abd Rahman, semua peserta dapat menamatkan larian dengan selamat dan johan keseluruhan pada tahun ini disandang oleh Rumah Biru. Semoga penganjuran Kejohanan merentas desa STAR pada masa hadapan akan tetap meriah dan menjadi ingatan seluruh warga STAR.
Gambar bercerita;
|
Gabungan STAR-SKSM |
|
pasukan StJohn dan PBSM sedia berkhidmat |
|
Memanaskan badan |
|
Pelajar sekolah rendah, memanaskan badan |
|
peserta dilepaskan oleh En sabri b Saad, Penolong PPD HEP Kota Setar. |
|
Guru dan pelajar bertugas di check point |
|
Peserta SK Suka menanti dilepaskan |
|
Peserta perempuan SKSM sedia untuk dilepaskan |
|
Peserta perempuan STAR memulakan larian |
|
Piala Kejohanan yang menjadi buruan semua pasukan |
|
muhibah |
|
Ketua guru rumah biru menerima piala kejohanan edisi ke 43/2016 |
|
STAR-SKSM mesra-ceria |
Hi, can I contact you through your email? I've something to share that might interest you.
ReplyDeleteAaron
aarongrey112 gmail.com