10 November 2009

KEM DAYA USAHA SUKAN STAR 2009


6 Nov 2009, bertempat di Hutan Lipur Sungai Sedim, Kulim Kedah. Kontinjen atlit STAR 2010 berkampung selama 2 hari untuk membuat kursus "Team Building".Fokus kem ini adalah untuk memberi ransangan kepada atlit STAR yang bakal mewakili Sekolah ke pertandingan olahraga pada tahun hadapan supaya bersedia lebih awal.

Penganjuran kem ini juga bertujuan memupuk semangat, keyakinan diri dan bangga menjadi atlit sekolah. Secara tidak langsung pelajar merasakan bahawa usaha mereka selama ini dihargai oleh pihak sekolah.

Dalam kem ini, pelajar mengikuti program yang telah disusun oleh jurulatih dari RapidFire.sdn Bhd seperti, merentas hutan, blind trail, night trail, water confident, dan acara paling mencabar ialah white water rafting.

Peserta yang mengikuti kem ini adalah seramai 40 orang dengan diiringi oleh 6 orang guru, termasuklah penolong kanan Ko kurikulum en jamal b. Ishak.

Seluruh peserta kem ini amat berpuas hati dengan aktiviti yang telah dilakukan dan berharap kem seperti ini akan diadakan sekali lagi pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment