11 November 2009

White Water Rafting STAR 2009








7 Nov 2009, Hutan Lipur Sungai Sedim, Kulim Kedah. Seramai 40 orang peserta dari STAR telah melakukan aktiviti rakit di air deras. Perancangan selama beberapa bulan telah menjadi kenyataan pada hari ini.

Guru penasihat, En Mohd Rizal b. Abd Rahman berkata, aktiviti ini dapat menguatkan lagi keyakinan diri peserta disamping beriadah. Pengalaman sebegini sukar untuk dilalui oleh semua orang. Setiap peserta yang telah melaluinya pasti akan mengingatinya seumur hidup.

Semua guru dan pelajar telah memberanikan diri melalui pengalaman yang mencabar ini, alhamdulillah, semua peserta telah selamat dan program ini berakhir dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment