23 November 2009

SELAMAT BERCUTI KEPADA SELURUH WARGA STAR

Bagi pihak unit sukan STAR, saya mengucapkan selamat bercuti hujung tahun kepada seluruh Warga STAR. Kesempatan cuti ini harapnya dapat digunakan sebaiknya untuk keluarga dan diri sendiri.

Sempena cuti pada kali ini, tuan pengetua akan melancong ke SIAM (Thailand). Beliau akan bersama isterinya bercadang untuk mengelilingi Thailand menggunakan Van yang disewa khas. Unit sukan mendoakan keselamatan beliau sepanjang lawatan tersebut.

Sepanjang cuti ini juga, pihak unit sukan mengadakan beberapa klinik sukan khas untuk pelajar dan warga STAR, antaranya ialah Klinik Ping Pong dan Klinik Memanah. Kepada pelajar yang berminat, bolehlah hadir mengikut jadual yang telah diedarkan.



sekian, selamat bercuti dari Unit Sukan STAR 2009

No comments:

Post a Comment