24 June 2012

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG STAR 2012


 Alor Setar, 20 Jun 2012. SMK Tunku Abdul Rahman telah mengadakan Kejohanan Balapan dan Padang pada tahun ini untuk kali ke 39. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Haji Jamil b Ibrahim, bekas pengetua STAR (2007-2012). Walaupun keadaan udara agak jerubu, (IPU 68) kejohanan dapat juga disempurnakan.

Pasukan Kadet Remaja Sekolah Johan Perbarisan tahun 2012

Kejohanan dimulakan dengan lintas hormat kontinjen yang mengambil bahagian yang terdiri daripada rumah sukan dan unit beruniform. Bagi pertandingan perbarisan Unit beruniform pada tahun ini dimenangi oleh Pasukan Kadet Remaja Sekolah, tempat kedua pasukan Kadet Polis dan ketiga pasukan Persatuan bulan sabit Merah.



Pasukan PBSM tempat ketiga



Pasukan St John Ambulance yang banyak berjasa.

Pasukan Rumah Hijau bersama Piala Kejohanan 2012

Johan keseluruhan Kejohanan Balapan Dan Padang STAR tahun 2012 disandang oleh pasukan Rumah Hijau, dengan mengutip 19 emas. 6 perak dan 7 gangsa. Naib Johan pula disandang oleh Rumah Merah dengan 13 emas, 9 perak dan 7 gangsa, manakala tempat ketiga direbut oleh Rumah Biru dengan kutipan pingat 7 emas, 10 perak dan 7 gangsa.

Setiausaha Sukan STAR, Mohd Rizal melahirkan rasa bangga kerana semua pihak telah bersungguh-sungguh menjayakan kejohanan pada tahun ini. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Hj Jamil hadir merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang STAR pada tahun ini dan telah bermurah hati mendermakan Piala Pusingan yang baru untuk digunakan. Piala pusingan yang lama telah berusia 50 tahun dan telah lama berbakti kepada STAR, dengan adanya piala baharu, diharapkan semangat baru juga dapat diterap kepada warga STAR. Piala yang baru ini lebih bercirikan identiti STAR 50 tahun.

Dalam ucapan perasmiannya, Hj Jamil menyeru semua pelajar supaya bersungguh-sungguh dalam semua bidang, samaada dalam pelajaran mahupun sukan. Hal ini demikian kerana kedua-dua bidang ini sangat penting dalam membina minda dan sahsiah pelajar   untuk menempuh masa depan yang mencabar.











1Malaysia, Pasukan St John membantu pelajar yang cedera.
Guru rumah sukan yang setia dan ceria
      




Perserta mengambil bahagian dalam acara lompat tinggi 






No comments:

Post a Comment