08 July 2013

KENDURI DOA SELAMAT PULUT DURIAN, STAR ALOR SETAR MERIAH.


Alor Setar, 7 Julai 2013. Majlis Staf SMK Tunku Abdul Rahman telah menganjurkan kenduri doa selamat dengan hidangan pulut durian. Majlis yang dihadiri oleh semua staf STAR seramai 135 orang meriah dan mesra. Sebanyak 170 biji durian, 15 kilogram manggis, dan 20 kilogram rambutan menjadi menu utama pada hari ini.
Mohd Rizal menyampaikan ucapan aluan
Pengerusi Majlis Staf, En Mohd Rizal b Abd Rahman mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan staf yang menyumbang buah buahan, pulut, santan, dan wang ringgit dalam menjayakan jamuan ini.  Majlis dimulakan dengan tahlil ringkas dan dikuti dengan bacaan doa selamat oleh Tuan Haji Md Alaudin b Che Lah, semoga semua mendapat kebaikkan daripada amalan baik ini.
Ust Md Alaudin mengetuai Tahlil dan doa selamat, turut serta dalam gambar, Hj Turin kiri sekali
Pengetua STAR, Hj Turin Ahmad, melahirkan rasa gembira dengan kenduri durian pada hari ini, semoga majlis seperti ini dapat menjadi platfom dalam merapatkan hubungan silatulrahim sesama kakitangan di sekolah ini.






Menjamu selera

Makan sikit? diet ke darah tinggi?

Ramah mesra, pengetua dan staf
Aksi terlampau ni?

No comments:

Post a Comment