02 July 2013

PERSARAAN PENGETUA STAR ALOR SETAR, HAJAH RAHMLAH BT MOHD HUSSAIN



Memberi ucapan sebagai Pengetua


Alor Setar, 9 Jun 2013. STAR pada kali ini meraikan persaraan wajib Tuan pengetua, Hjh Ramlah bt Mohd Hussain.  Beliau merupakan pengetua yang ke dua bersara di STAR dalam tempoh 51 tahun STAR.

Menyorot kehidupan beliau seawal kelahirannya adalah seperti berikut;  Dilahirkan pada 9 Jun 1955 di Alor Setar, Bersekolah di Sek Keb Seberang Perak dan Sekolah Menengah Kebangaan Tun Sharifah Rodziah hingga tingkatan 5. Tingkatan enam di SMK Dato Syed  Omar. Pada tahun1974 beliau melanjutkan pelajaran Diploma dan Ijazahnya di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Mula bertugas sebagai guru di SMK Sultanah Engku Tun Aminah, Johor Baharu pada tahun 1979.  Beliau bertukar ke Kedah pada tahun 1984 dan bertugas di SMK Muadzam Shah, Menjadi penolong kanan di tiga buah sekolah iaitu SMK Darulaman, Alor Setar, SMK Tunku Laksamana, Teluk Cengai, SMK Tunku Abdul Malek. Seterusnya menjadi Pengetua Di SMK Lubuk Merbau pada 2001, SMK Syed Ibrahim, Padang Pusing 2003, Pada tahun 2006 beliau bertukar pula ke SMK Kepala Batas, Alo Setar.

Seterusnya, beliau bertukar lagi ke SMK Tunku Abdul Malek pada tahun 2008 dan selepas dua tahun bertukar lagi ke SMK Bandar Darulaman, Jitra. Akhir sekali beliau dipertemukan dengan Warga STAR pada penghujung usia perkhidmatnnya pada Ogos 2012. Dengan slogan "Jutawan Akhirat" beliau memimpin warga STAR menjadi sekolah yang dipandang tinggi oleh masyarakat pendidikan di negeri Kedah.

Pengerusi Majlis Staf, En Mohd Rizal berkata, persaraan Pn Hjh Ramlah merupakan satu kehilangan besar kepada warga pendidik. Seorang pengetua yang komited dan luas pengetahuan merupakan aset yang sukar dicari ganti. Sebagai rakan sekerja beliau juga sentiasa mengambil berat kebajikan semua guru dan staf dibawahnya, senang untuk diajak berbincang dan mudah menerima pendapat rakan setugas menjadikan Pn Hjh Ramlah disenangi semua guru.

Laman Aspirasi.
Bagi mengenang jasa-jasa Pn Hjh Ramlah, pihak Majlis Staf telah membina sebuah taman di hadapan sekolah. Majlis menanam pokok bunga telah diadakan dengan disaksikan semua guru dan pelajar.
Menanam pokok kerak nasi
Bersama rakan rakan setugas

Malam Budi Dikenang, Jasa diSanjung.
Bagi melahirkan sumbangan Pn Hjh Ramlah kepada  STAR, satu jamuan perpisahan telah diadakan. Jamuan yang diatur khas untuk sesi perbualan hati ke hati antara beliau dan warga STAR.  dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa terharu dan bangga kerana berpeluang menjadi pendidik. Harapannya semoga semua guru dapat meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa tanpa jemu dan putus asa. Kerana, semua kebajikan di dunia akan menjadikan guru jutawan di akhirat.
Menerima cenderahati daripada En Mohd Rizal, Pengerusi Majlis STAF

Kek Hari Lahir ke 58, kek persaraan bersama suami 3 dari kiri.
Ciuman mesra daripada rakan setugas.

No comments:

Post a Comment