21 November 2016

 Alor Setar, 20 November 2016. Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah menganjurkan pertandingan senamtari aerobik peringkat sekolah.  Program ini bertujuan melahirkan pelajar yang sihat dan cerdas.

Peserta telah mula berlatih tarian aerobik sepanjang 3 bulan yang lalu dibawah bimbingan guru penasihat En Mohd Rizal bin Abd Rahman. Pada hari ini adalah kemuncak latihan mereka dimana setiap kumpulan yang bertanding menunjukkan tarian yang bertenaga. Pertandingan ini menyaksikan 7 kumpulan berentap untuk merebut hadiah wang tunai yang lumayan.

Pengetua STAR, En Suhaimi b Haris yang hadir menyaksikan pertandingan melahirkan rasa kagum dengan bakat pelajar.  Di samping menyihatkan badan, aktiviti ini juga dapat mengeratkan silatulrahim sesama pelajar.

Johan Pertandingan Senamtari Aerobik pada tahun ini disandang oleh pasukan Sweet 16, tempat kedua Pasukan Orkid dan tempat ketiga Pasukan Sweet Girl.

Persembahan oleh pasukan sweet 16

En Rosli Endut (PK 1) dan En Suhaimi (pengetua) menyampaikan hadiah

Cenderamata kepada Hakim Jemputan Pn Liza, Intruktor Erobik Mergong.

16 August 2016

MERDEKA. Sehati Sejiwa. STAR Alor Setar



Alor Setar, 16 Ogos 2016.  SMK Tunku Abdul Rahman, STAR melancarkan Sambutan Bulan Kemerdekaan dengan penuh cemerlang.  Majlis tahunan ini disambut meriah oleh segenap warga STAR.  Tambah berseri, majlis ini di rasmikan oleh Dato Hj Mohd Yusoff bin Ismail , Pengerusi USIMA GROUP (Timbalan Ketua UMNO bahagian Alor Setar).

Dalam ucapan perasmian, Dato Hj Mohd Yusoff menyeru semua pelajar untuk  bersama menghayati nikmat kemerdekaan dengan menghargai kemakmuran yang dinikmati sekarang.  Pelajar boleh menterjemahkannya dengan belajar secara bersungguh-sungguh dan berjaya dalam pelajaran.  Kejayaan dalam pelajaran merupakan syarat untuk berjaya  dalam keadaan persaingan  yang kuat pada masa kini. Kerajaan telah menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar dan pelajar mestilah berusaha merebutnya.

Pengetua STAR, En Suhaimi b Haris berharap pelajar dapat menghayati semangat kemerdekaan negara dan seterusnya berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang yang diceburi. Memupuk semangat patriotik  adalah antara keutamaan pihak sekolah dan program yang dianjurkan bersama Panitia Sejarah, Panitia Sivik dan Kewarganegaraan mendapat sambutan yang sangat baik daripada pelajar.  Adalah diharapkan negara dapat melahirkan generasi yang sentiasa menghargai  kemerdekaan pada masa hadapan.

Kronologi:

8.00 pagi
Ucapan perasmian

9.00 pagi
Perarakan jalur gemilang oleh pasukan unit beruniform STAR

13 Jalur gemilang dinaikkan serentak


Perarakan masuk Jalur Gemilang oleh Pasukan Unit Beruniform

Pengetua Menerima Jalur Gemilang untuk digantung dihadapan sekolah

Nyanyian dan kibaran Jalur Gemilang
Seluruh Warga STAR berarak bersama Jalur Gemilang

Album Kenangan Pasukan Unit Beruniform STAR
VIP dan Pengurusan bergambar kenangan.

14 July 2016

Hari Raya Aidilfitri 1437 h Eratkan Silatulrahim Pelajar dan Guru STAR Alor Setar



Alor Setar, 14 Julai 2016, SMK Tunku Abdul Rahman (STAR) mengadakan jamuan mega sempena Sambutan Aidilfitri pada tahun ini.  Terkenal dengan sekolah berbilang kaum di Alor Setar, ternyata sambutan aidilfitri dirai dengan meriah oleh semua pelajar  tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

Pengetua STAR  Encik Suhaimi Haris berkata, sambutan seumpama ini dapat menjadi medan untuk merapatkan hubungan antara kaum dan staf, ia juga menyaksikan kemuafakatan terjalin erat dan kerjasama semua warga STAR menjadi sangat baik.  Situasi ini boleh menjadi mangkin kearah kejayaan STAR pada masa akan datang.

Sambutan ini disajikan dengan pelbagai jenis makanan yang dikelolakan mengikut jabatan.  Setiap jabatan menyediakan satu menu.  Antara menu yang disediakan  adalah, ketupat, nasi himpit, Bihun Sup, Laksa, Kuih muih, mee goreng, nasi tomato dan banyak lagi.  Setiap gerai diurus oleh pelajar pelajar yang dilantik.  Jamuan ini tidak mengehadkan jumlah makanan untuk pelajar, mereka boleh menjamu selera sekadar yang mereka mampu.

Acara hari ini juga dimeriahkan dengan DJ jemputan.  Nyanyian lagu lagu hari raya oleh guru guru dan pelajar.  Pelajar juga dihadiahkan duit raya yang disumbangkan oleh guru guru. Seterusnya  majlis bersalaman turut diadakan.

Menurut guru STAR, Encik Mohd Rizal b Abd  Rahman,  kejayaan penganjuran sambutan ini adalah hasil dedikasi semua warga STAR, semoga silatulrahim yang terjalin hasil majlis silang budaya ini  memberi semangat  baharu kepada STAR untuk menyinar dan cemerlang.

28 January 2016

KEJOHANAN MERENTAS DESA STAR ALOR SETAR EDISI KE 43 MERIAH DAN MESRA

Alor Setar, Sabtu 23 Januari 2016, STAR (SMK Tunku Abdul Rahman)  telah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa Edisi Ke 43 dengan penuh semangat dan tradisi STARIAN.  Kemeriahan kejohanan pada tahun ini ditokok dengan koloberasi penganjuran bersama SKSM (Sekolah Kebangsaan Suka Menanti). Gabungan dua sekolah telah memeriahkan acara yang julung kalinya dianjurkan dengan penuh semangat kerjasama dan mesra.

Kejohanan bermula dan tamat di perkarangan SKSM.  Pelajar berlari merentas Kampung Suka Menanti dan menyusuri sepanjang laluan tepi Sungai Kedah dan keluar di jalan Pantai Johor.  Laluan ini menyajikan suasana yang permai dengan pemandangan kampung dan sawah yang indah.  Melibatkan seramai 700 orang peserta, 92 orang guru STAR dan 34 orang guru SKSM berganding bahu membentuk jawatankuasa yang cekap untuk menguruskan kejohanan ini.  Acara tahunan ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak di ingini, tambahan pula kehadiran anggota Polis Trafik dari balai Alor Setar, yang membantu mengawasi jalan dan kenderaan awam disepanjang trek larian.  Pihak JKKK Kampung Suka Menanti juga memberi kerjasama yang sangat baik dalam memastikan acara berjalan lancar.

Pengetua STAR, Suhaimi b Haris mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam kejohanan ini terutama kepada Guru Besar SK Suka Menanti, Encik Nurul Ehsan bin Hasbullah yang bersedia menjadi tuan rumah kepada acara ini.  Beliau bersyukur kerana kejohanan ini dapat dilaksanakan dengan baik.  Kerjasama erat antara dua sekolah ini menjalin talian silatulrahim disamping dapat saling bertukar idea dalam penganjuran dan juga jambatan untuk bekerjasama dalam hal hal lain pada masa hadapan.

Penganjuran pada tahun ini turut dibantu oleh pasukan beruniform STAR, seramai 10 orang kadet polis, 12 orang ahli PBSM dan 12 orang ahli St John bertugas memastikan keselamatan semua peserta di sepanjang trek larian.  Penyertaan pelajar berbilang bangsa, cina, melayu dan india dalam kejohanan ini dapat memupuk semangat muhibah antara kaum. Selari dengan perancangan kementerian pelajaran dalam melaksanakan RIMUP (Rancangan Intergrasi Murid utuk Perpaduan).

Menurut Setiausaha Sukan STAR, Encik Mohd Rizal b Abd Rahman, semua peserta dapat menamatkan larian dengan selamat dan johan keseluruhan pada tahun ini disandang oleh Rumah Biru.  Semoga penganjuran Kejohanan merentas desa STAR pada masa hadapan akan tetap meriah dan menjadi ingatan seluruh warga STAR.

Gambar bercerita;
Gabungan STAR-SKSM
pasukan StJohn dan PBSM sedia berkhidmat


Memanaskan badan

Pelajar sekolah rendah, memanaskan badan

peserta dilepaskan oleh En sabri b Saad, Penolong PPD HEP Kota Setar.

Guru dan pelajar bertugas di check point

Peserta SK Suka menanti dilepaskan

Peserta perempuan SKSM sedia untuk dilepaskan

Peserta perempuan STAR memulakan larian


Piala Kejohanan yang menjadi buruan semua pasukan

muhibah
Ketua guru rumah biru menerima piala kejohanan edisi ke 43/2016

STAR-SKSM mesra-ceria