13 October 2010

OLAHRAGA LUAR MUSIM KOTA SETAR CUNGKIL BAKAT BARU



Alor setar, 13 Oktober 2010. Pejabat Pelajaran Daerah Kota Setar telah menganjurkan Kejohanan Balapan Dan Padang Luar Musim pada tahun ini bertempat di Stadium Darulaman. Kejohanan ini disertai oleh sekolah-sekolah daerah kota setar.

SMK Tunku Abdul Rahman (STAR) telah mengambil bahagian dalam beberapa acara. Beberapa pelajar telah menunjukkan bakat yang baik dalam acara padang. iaitu lempar cakera, lontar peluru, merejam lembing dan lompat tinggi. Keseluruhannya STAR mendapat 2 emas, 3 perak dan 1 gangsa yang disumbangkan melalui acara lempar cakera dan lontar peluru (emas) merejam lembing, Lontar peluru dan lompat tinggi (perak) dan gangsa dari acara lempar cakera.

Empat atlit Star telah menunjukkan prestasi yang baik iaitu Mohd Alwie mendapat 1 emas acara lempar cakera dan 1 perak acara lontar peluru. Shahrulnizam pula mendapat emas untuk acara lontar peluru dan gangsa acara lempar cakera. pingat perak juga disandang oleh Ahmad Aiman dalam acara lompat tinggi dan mohd Zikri juga turut mendapat pingat perak dalam acara merejam lembing.

Mengulas lanjut, En Mohd Rizal, setiausaha sukan STAR cukup berpuas hati dengan pencapaian atlitnya dan berharap mereka akan berlatih dengan lebih giat lagi pada masa hadapan dalam usaha memantapkan persembahan dan pencapaian dalam acara yang disertai. Komitmen yang padu akan dapat melahirkan atlit yang berjaya. pihaknya juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas usaha penganjuran kejohanan luar musim ini.

No comments:

Post a Comment