28 October 2010

HARI ANUGERAH CEMERLANG KOKURIKULUM SMK TUNKU ABDUL RAHMAN, ALOR SETAR. MENUJU KECEMERLANGAN.



Tetamu terhormat menerima tabik hormat daripada pasukan kadet polis.


Alor Setar, 27 Oktober 2010. SMK Tunku Abdul Rahman telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang Kokurikulum bagi tahun 2010. Majlis ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada pelajar yang telah menunjukkan kesungguhan dalam kesemula cabang kokurikulum iaitu bidang sukan dan permainan, ko akademik dan pengurusan kelab serta unit beruniform.

Majlis ini dirasmikan oleh NYDP PIBG SMKTAR, En Azizan b Raof. Dalam ucapannya beliau melahirkan rasa bangga dengan pencapaian semasa SMKTAR dalam acara kokurikulum yang telah menunjukkan peningkatan dalam semua aktiviti. Beliau berharap warga STAR akan meneruskan kecemerlangan ini dan pihak PIBG akan sentiasa memberi sokongan padu.

Menurut pengetua STAR, Hj Jamil Ibrahim. STAR telah menunjukkan peningkatan dalam banyak bidang kokurikulum, antaranya ialah memperolehi kutipan pingat emas dalam kejohanan padang dan balapan MSSD kota Setar, pertandingan pidato, pertandingan rekacipta sains, dan yang terbaru ialah memenangi acara menembak kor kadet polis dalam kategori individu dan kumpulan.

Bagi setiausaha sukan STAR, En Mohd Rizal, Program penganugerahan ini diharapkan dapat menyuntik semangat semua pelajar STAR untuk aktif dalam aktiviti kokurikulum selaras dengan hasrat kementerian pelajaran untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua bidang.


Dalam majlis ini. anugerah tertinggi iaitu Anugerah Satria STAR 2010 disandang oleh Mohd Qayyum b Abdul Razak. Beliau telah mewakili sekolah dalam permainan ragbi semenjak tahun 2007, 2008,2009 dan 2010. Mewakili sekolah dalam olahraga tahun 2008, dan 2009 serta ketua pengawas sekolah tahun 2010.


href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjS1mUC_-IxSLtwqTynna_E-nGXx45rU2GE4dXgs7fWGHDS3Y7xXEJ-tDxDEdrg9oQgslOv6R0raTLkfNb38CVYP_FB8qTqulwOk6oZGIVyF7LiqH18xbnaaej7holMxibrKpp1C8WqLWd3/s1600/hac+5.jpg">

Apa yang menariknya, sepanjang majlis ini berlangsung seluruh warga STAR telah memakai pakaian unit beruniform masing-masing, kelihatan dalam gambar 4 orang guru menunjukkan uniform masing-masing iaitu dari kiri, Puan Fadilah, Puan Ruzaidah, en Rizal, Pn Habsah, dan Puan Azizah.


Dalam gambar di atas, Pasukan kadet bomba dengan sijil anugerah masing-masing.



Pasukan Kadet Remaja sekolah juga turut mendapat sijil penghargaan dalam majlis ini.

No comments:

Post a Comment