14 October 2010

STAR ALOR SETAR RAI PERSARAAN GURU


Alor Setar 14 Oktober 2010. Pada hari ini, STAR kehilangan seorang guru yang dedikasi kerana telah cukup umur bersara wajib daripada perkhidmatan pendidikan, iaitu Puan Mah swe Song seorang guru matematik. Majlis penuh bermakna ini dirancang khusus untuk mengingati jasa dan bakti beliau sepanjang perkhidmatannya sebagai guru.

Dalam ucapan terakhirnya, beliau dengan penuh bersemangat mengingatkan pelajar supaya sentiasa berusaha dan menjadi orang yang baik pada masa hadapan. Beliau telah berkhidmat selama 32 tahun sebagai guru, dan SMKTAR adalah sekolahnya yang ketiga. Beliau mengajar di SMKTAR selama 14 tahun iaitu semenjak tahun 1996 selepas bertukar dari SMK Sultanah Asma. Jasa dan bakti beliau akan sentiasa diingati oleh seluruh pelajarnya. Pihak SMKTAR amat terasa dengan kehilangannya.

Sebagai tanda kenang-kenangan Puan Mah Swe Song telah diarak dengan menaiki beca yang dipandu oleh ketua murid, diiringi oleh guru-guru dan pelajar dengan lengkap berkompang serta bunga manggar.


No comments:

Post a Comment